Friday, January 4, 2008

Dakwah Dalam Islam

Pengertian dan Tujuan Dakwah

Dakwah secara lughawi berasal dari bahasa Arab, dakwah membawa maksud seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata dakwah bererti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan munkar yang dilarang oleh Allah Swt. dan rasul-Nya agar manusia mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru
kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah
seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33)
Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s, Hud a.s, Ibrahim a.s , Ismail a.s, .Ishak a.s., Ya'qub a.s., Yusuf a.s., Musa a.s, Daud a.s., Sulaiman a.s., Isa a.s. dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w. Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat.

Usaha dakwah perlu dibuat mengikut keadaan atau kumpulan sasar. Sebahagian ulama menyebut, kumpulan sasar hari ini menghadapi pelbagai penyakit dan masalah. Lalu memerlukan 'ubat' oleh pendakwah. Jadi pendakwah perlu meneliti, mengkaji sebelum memberi 'ubat' agar penyakitnya sembuh. Kadangkala 'ubat' itu keras walaupun selalunya lembut. Mereka yang boleh melakukan sedemikian boleh digelar pendakwah berhikmah. Ulama turut menggariskan beberapa panduan mencapai dakwah berhikmah iaitu;

  1. Pertama, mempunyai matlamat yang jelas sesuai dengan masalah.
  2. Kedua, jangan memberi tanggungjawab yang dirasakan terlalu membebankan golongan sasar. Dalam hal ini kita perlu mencontohi kisah seorang lelaki yang suka minum arak yang diajak memeluk Islam. Rasulullah tidak memberatkan lelaki itu dengan pelbagai hukum sebaliknya, baginda cuma memberi satu syarat iaitu jangan berbohong. Disebabkan dakwah berhikmah itu, lelaki tersebut bukan sahaja memeluk Islam tetapi juga berhenti minum arak kerana tidak mahu berbohong kepada baginda.
  3. Ketiga, ada tolak ansur yang jelas disertai oleh strategi.
  4. Keempat, jangan menekan perkara khilaf dalam kalangan ulama sebaliknya ambil yang pasti.
  5. Kelima, perlu lahirkan kesedaran dan kefahaman supaya kumpulan sasar tidak merasakan sesuatu tanggungjawab itu sebagai beban.
  6. Akhirnya, memberi layanan baik terhadap kumpulan sasar dengan menampakkan usaha dakwah membawa keuntungan yang besar. Malah Rasulullah turut menggunakan teknik ini dalam surat baginda kepada golongan raja yang menyeru mereka memeluk Islam nescaya mereka akan selamat.
Rujukan :-

1. Universitas Islam Indonesia
2. Arkib Shiar Islam
3. Blog Islam Dan Anda


1 comment:

razams said...

salam ziarah..tahniah permulaan yg bgs..n keep it up,teruskan berdakwah dgn cara penulisan...wokey?dan tengok r pada ejaan,ada salah kot..hehhe